Jualan kenderaan Britain menurun

Jualan kenderaan Britain menurun

PARIS, 15 Julai – Penjualan kenderaan baru menurun di Britain bulan lalu ketika negara itu mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, menurut data hari ini, sementara jualan kenderaan negara-negara lain dalam blok itu terus meningkat.

Pendaftaran kenderaan baru merosot di Britain jatuh 0.8 peratus pada Jun, kemerosotan pertama dalam pasaran tahun ini, yang melihat pertumbuhan jualan terhenti ketika undian Brexit mendekat.

Penjualan kereta baru dalam suku pertama tahun ini meningkat sebanyak 3.2 peratus di Britain, kurang daripada separuh kadar di negara-negara Eropah besar, Perancis dan Jerman, dan di bawah 9.4 peratus keseluruhannya bagi EU.

Ahli ekonomis amat bimbang yang ekonomi Britain akan rapuh jika para pengguna menangguhkan pembelian dan perniagaan menangguhkan pelaburan akibat ketidakpastian berhubung terma pengeluaran Britain dari EU. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA