Jualan kereta elektrik di China meningkat

Jualan kereta elektrik di China meningkat

BEIJING, 7 Feb – Subsidi kerajaan mencetuskan perkembangan dalam kenderaan elektrik di China, yang membawa harapan bagi masa depan sejagat industri ketika pasaran kereta terbesar di dunia menawarkan sekala ekonomi yang boleh menjadikan teknologi aliran utama.

Jualan kereta elektrik, meskipun masih sangat sederhana telah melonjak empat kali ganda dalam setahun, sebahagiannya disebabkan pemberian banyak kerajaan ketika Beijing berusaha mengurangkan pencemaran udara berbahaya yang menyelubungi kawasan bandar.

Sektor ini berbeza dengan yang lain dalam pasaran kereta di China, yang mana pertumbuhan begitu perlahan di samping ekonomi lebih luas.

Dan para pemerhati berkata jika pengeluar-pengeluar kereta boleh mencuba China, dengan penduduk besar dan kelas pertengahan yang berkembang, yang lain di planet boleh mengikut langkah sama.

Kilang pembuat kereta elektrik di China mendapat galakan berikutan melonjaknya jualan dari setahun ke setahun. - Reuters
Kilang pembuat kereta elektrik di China mendapat galakan berikutan melonjaknya jualan dari setahun ke setahun. – Reuters

“Jika China menggerakkan kereta elektrik, itu akan secara automatik menurunkan harga dan memberi kesan perlahan di seluruh dunia,” kata pakar auto Ernst and Young, Jean-Francois Belorgey.

“Tahap pencemaran bererti kerajaan tidak ada pilihan lain,” melainkan menggalakkan pembinaan kenderaan tenaga baru,” tambahnya.

Bandar-bandar China kerap dilitupi jerebu, kerap jauh melebihi garis pandu kesihatan sejagat.

Sementara kebanyakan pencemaran datangnya daripada pembakaran arang batu, ekzos kenderaan memburukkan lagi masalah.

Hanya 331,000 dari 24 juta kereta baru yang dijual di China tahun lalu adalah kenderaan elektrik atau hibrid. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA