Jualan kereta GM di China meningkat 8.1%

Jualan kereta GM di China meningkat 8.1%

NEW YORK, 13 Sept – Apabila ledakan kereta AS mula surut, syarikat auto gergasi Amerika Syarikat, General Motors menyasarkan pertumbuhan di China sebagai komponen penting dalam perniagaannya.

Jualan kereta GM di China melalui tempoh lapan bulan pertama tahun ini meningkat 8.1 peratus kepada 2.38 juta berbanding dengan kejatuhan 4.2 peratus kepada 1.96 juta di Amerika Syarikat.

Itu termasuk 293,537 buah kereta dijual pada bulan Ogos iaitu rekod bulanan dan meningkat sehingga 18 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Ia adalah tahun yang kukuh,” kata Matt Tsien, Presiden GM China. “Kami menjangkakan pertumbuhan rendah berbanding tahun lalu. Setakat ini, ianya berjalan sedikit kukuh pada tahun ini.”

GM mengambil 58,000 pekerja di China, di mana ia menjual kenderaan jenis sport, serta kereta Chevrolet dan jenama Buick.

Gambar fail bertarikh 11 Januari 2016 menunjukkan kenderaan  Chevrolet Bolt EV dipamerkan di Pameran Automobil Antarabangsa Amerika Utara di Detroit. – AP
Gambar fail bertarikh 11 Januari 2016 menunjukkan kenderaan Chevrolet Bolt EV dipamerkan di Pameran Automobil Antarabangsa Amerika Utara di Detroit. – AP

GM juga menyasarkan China sebagai tempat bagi kenderaan mewah, jenama Cadillac. GM menjangka jualan kereta seluruh industri di China akan mencapai 30 juta pada tahun 2020, meningkat daripada 25.1 juta pada 2015, kata Tsien.

Pertumbuhan dijangka meningkat disebabkan oleh peningkatan permintaan di kawasan pedalaman China dan bandar-bandar sederhana yang bersedia untuk dipasarkan. GM juga menyasarkan pembeli yang berpendapatan sederhana di kawasan-kawasan ini melalui usaha sama dengan SAIC yang dijual di bawah jenama Baojun dan Wuling.

GM pada 2014 mengumumkan rancangannya untuk melabur AS$12 bilion di China dalam tempoh tiga tahun. Ia berhasrat untuk melancarkan 60 model kenderaannya dalam tempoh lima tahun akan datang dan menjangkakan peningkatan 65 peratus dalam kapasiti pengeluaran di negara itu. – AFP