Jualan kereta pra-daftar BMW

Jualan kereta pra-daftar BMW

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengimport tunggal kenderaan jenama BMW di negara ini telah mengadakan acara Jualan Kereta Pra-daftar (Pre-Registered Car Sales Event) sejak kelmarin di Bilik Pameran BMW, QAF Auto, Beribi, di sini.

Jualan itu memperkenalkan beberapa tawaran eksklusif bagi pelbagai model BMW dan pakej pembiayaan khas bermula daripada $608 sebulan, diskaun ke atas alat-alat ganti tulen, aksesori-aksesori dan juga barangan gaya hidup BMW.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam QAF Auto, Dayang Siti Salwa binti Haji Mustapa, kereta pra-daftar berkenaan akan diteruskan jualannya sementara stok masih ada, yang mana kini hanya tinggal lebih kurang 20 buah sahaja berbanding 40 buah ketika acara itu dilancarkan.

Gambar ramai warga QAF Auto bersama ahli Kelab Brunei Bimmers Owners.
Gambar ramai warga QAF Auto bersama ahli Kelab Brunei Bimmers Owners.
Pameran kereta-kereta BMW edisi terhad oleh Kelab Brunei Bimmers Owners.
Pameran kereta-kereta BMW edisi terhad oleh Kelab Brunei Bimmers Owners.
Antara kereta-kereta pra-daftar BMW yang dijual.
Antara kereta-kereta pra-daftar BMW yang dijual.

Jenis-jenis kereta yang dijual antaranya BMW 520i, BMW Active Hybrid 5, BMW Active Hybrid 7, BMW X1, BMW X3, BMW X4 dan BMW X5.

Di samping itu, Kelab Brunei Bimmer Owners turut memeriahkan lagi acara itu dengan mempamerkan pelbagai kereta edisi terhad bermula jam 9 pagi hingga 2 petang hari ini.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai acara itu, bolehlah menghubungi talian 2453377 sambungan 604/605, atau layari di laman sesawang mereka di www.bmw.com.bn dan Instagram @bmwbrunei.

ARTIKEL YANG SAMA