Jualan Mega di Pusat Insani

Jualan Mega di Pusat Insani

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 25 Okt – Seramai 86 penjual-penjual E-Vendors menyertai acara Jualan dan Pameran Mega di Dewan Pusat Insani, Seria anjuran Syarikat Perdasa Sdn Bhd yang bermula Jumaat lalu sehingga esok.

Hadir melancarkan jualan tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Hasmiron bin Haji Mohd Taib yang turut menyaksikan jualan di setiap petak.

Pengarah Urusan Syarikat Perdasa Sdn Bhd, Awang Mohd Hamdelah bin Haji Mohd Musa dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Ia diharap dapat mempromosikan pelbagai produk peniaga E-Vendors sekali gus meningkatkan jualan mereka.”

Awang Hasmiron ketika mengunjungi salah satu petak jualan yang diadakan di Pusat Insani.
Awang Hasmiron ketika mengunjungi salah satu petak jualan yang diadakan di Pusat Insani.

Acara ini juga diharap dapat memperkenalkan Pusat Insani sebagai pusat utama untuk menjalankan apa jua aktiviti jualan dan pameran serta majlis perkahwinan dan sebagainya kerana pusat ini mempunyai kemudahan dan perkhidmatan serta keperluan yang boleh mengendalikan acara seperti ini, tambahnya.

“Selain itu, acara seperti ini juga adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dan rangkaian perhubungan bagi pemilik perniagaan serta usahawan tempatan. Dan juga diharap dapat memeriahkan lagi Pekan Seria khasnya dan Daerah Belait amnya agar dapat menarik pengunjung tempatan dan luar negara,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA