Jualan murah Intracorp dapat sambutan

Jualan murah Intracorp dapat sambutan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Bersempena dengan Jualan Istimewa Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) bermula 28 September hingga 18 Oktober, Intracorp (B) Sdn Bhd kini mengadakan Super Saving @ Mega Store di cawangannya di Gadong bermula hari ini (2 Oktober) hingga 4 Oktober.

Tinjauan Media Permata ke premis Intracorp di Gadong menyaksikan ramai pelanggan mula berkunjung ke cawangan tersebut seawal jam 9 pagi lagi.

Sepanjang jualan tiga hari ini, pelanggan berpeluang mendapat potongan harga lebih 50 peratus bagi kebanyakan jenis barangan, dengan menampilkan lebih 10 jenis produk yang dijual di bawah harga kos, antaranya televisyen berjenama Akira dan Philips, seterika, pengering rambut, periuk nasi, pengisar makanan, alat pemain DVD, mesin basuh, perabot sehingga ke produk keperluan sekolah kanak-kanak.

Para pelanggan juga berpeluang mendapatkan seterika Akira bersama papan penggosok pada harga istimewa $10 sahaja bermula jam 9 hingga 10 pagi dan terhad kepada 50 set setiap hari.

Ketika ditemui, jurucakap syarikat itu menyatakan, jualan istimewa di sana akan dilanjutkan sehingga ke penghujung bulan ini jika mendapat kebenaran, dan ia adalah antara usaha Intracorp untuk menggalakkan penduduk negara ini supaya berbelanja di negara sendiri.

Warga Intracorp Gadong bersama barisan produk yang dipamerkan di cawangan tersebut.
Warga Intracorp Gadong bersama barisan produk yang dipamerkan di cawangan tersebut.
Pemain DVD mudah alih yang sesuai bagi tontonan kanak-kanak di dalam kereta.
Pemain DVD mudah alih yang sesuai bagi tontonan kanak-kanak di dalam kereta.
Antara produk yang mendapat potongan harga.
Antara produk yang mendapat potongan harga.

“Kami di sini sangat mengutamakan keperluan pelanggan dan akan memberikan potongan harga istimewa kepada mereka dan akan terus responsif kepada keperluan para pelanggan yang setia berbelanja dengan kami,” ujar jurucakap itu.

Dalam pada itu, jurucakap berkenaan juga memberitahu bahawa, kini Intracorp giat memperkenalkan produk elektrik dan elektronik yang berasal dari Turki iaitu beko yang kini popular di negara-negara Eropah.

Intracorp selaku pengedar utama jenama itu tampil dengan barisan peti sejuk, mesin pembasuh dan produk-produk lain keluaran beko.

“Sehingga ke penghujung promosi ini kami (Intracorp) akan tampil dengan pelbagai jenis produk yang berlainan setiap minggu untuk dijual pada harga yang luar biasa, tinggal saja pelanggan bersedia untuk mendapatkannya dengan segera,” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA