Jualan pembuatan Sept naik

Jualan pembuatan Sept naik

pg19_151110_b

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) – Jumlah jualan sektor pembuatan pada September 2015 mencatat peningkatan sebanyak 5.4 peratus (RM3.0 bilion) kepada RM58.5 bilion berbanding RM55.5 bilion yang dilaporkan pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan kedudukan bulan ke bulan, nilai jualan meningkat 4.0 peratus (RM2.3 bilion) berbanding RM56.2 bilion pada Ogos 2015, kata Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan itu berkata jumlah pekerja yang berkhidmat dalam sektor pembuatan pada September 2015 seramai 1.027 juta orang, penurunan 0.4 peratus berbanding 1.031 juta orang pada September 2014.

Sementara itu, pada asas bulan ke bulan, jumlah pekerja meningkat 0.1 peratus berbanding 1.026 juta orang pada bulan sebelumnya.

ARTIKEL YANG SAMA