Jualan penghalau serangga meningkat di Brazil

Jualan penghalau serangga meningkat di Brazil

RIO DE JANEIRO, 5 Feb – Bimbang akan virus bawaan nyamuk, Zika telah mengakibatkan rakyat Brazil bergegas-gegas membeli penghalau serangga, yang mengakibatkan kekurangan beberapa jenama di kedai farmasi dan meningkatkan jualan bagi industri itu satu trend yang beberapa pengeluar bersiap sedia di tempat lain ketika letusan merebak.

Ekoran Zika dikesan pada April, jualan semburan penghalau serangga di Brazil melonjak dengan sepertiga tahun lalu, menurut firma penyelidik pengguna, Nielsen, menggandakan hasil sektor itu kepada AS$55.7 juta. Pembelian juga digalakkan oleh kes-kes meningkat denggi, satu lagi virus yang direbakkan oleh nyamuk Aedes.

Jualan telah meningkat, malah lebih mendadak sejak pihak berkuasa Brazil pada November lalu mengaitkan potensi antara Zika dan kes-kes mikrosefali yang disyaki, satu keadaan yang ditandai oleh saiz kepala kecil luar biasa dalam anak damit baru lahir yang membawa masalah pembesaran fizikal.

Raia Drogasif, rangkaian farmasi terbesar di Brazil, berkata jualan semburan penghalau serangga pada bulan Disember melonjak tujuh kali ganda dari tahun sebelumnya.

Peruncit terbesar Brazil, Kumpulan Pao de Acucar, berkata jualan semburan penghalau serangga di pasar raya meningkat 120 peratus dalam minggu-minggu pertama 2016, berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Peningkatan itu adalah paling mendadak di rantau Utara di tengah letusan itu, yang mana jualan meningkat empat kali ganda dan di bandar kedua Brazil, Rio de Janeiro, yang di situ ia meningkat tiga kali ganda.

Penghalau serangga dipamerkan di bahagian utama kedai-kedai di seluruh Brazil. – Reuters
Penghalau serangga dipamerkan di bahagian utama kedai-kedai di seluruh Brazil. – Reuters

Di Rio, perlindungan dari Zika adalah yang paling utama bagi 6.5 juta penduduk di bandar itu dan ratusan ribu pelancong ketika perayaan Karnival terbesar di negara itu bermula hari ini. Rio akan juga menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik pada bulan Ogos.

Malah di kedai farmasi setempat kecil di Rio, menantikan senarai bagi semburan penghalau serangga yang paling dikehendaki. – Reuters