Jualan Pra-Ramadan di Pusat Ehsan

Jualan Pra-Ramadan di Pusat Ehsan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Jualan Pra-Ramadan Pusat Ehsan 2015 yang dianjurkan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajah Maryam, Kampung Bengkurong dengan tujuan untuk membeli-belah sambil beramal telah dimulakan hari ini di pusat berkenaan sehingga 7 Jun.

Jualan selama tiga hari bermula 8.30 pagi hingga 6 petang itu melibatkan penyertaan daripada pelbagai gerai jualan termasuk makanan, minuman, aksesori dan sebagainya.

Selain itu, acara berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai kegiatan termasuk pertunjukan haiwan peliharaan, pameran kereta Kelab Toyota Brunei dan tarikan rumah hantu.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk datang bersama keluarga bagi meramaikan dan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan dan jualan yang diadakan di pusat itu.

Pelbagai gerai jualan dan aktiviti diadakan sepanjang jualan selama tiga hari itu.
Pelbagai gerai jualan dan aktiviti diadakan sepanjang jualan selama tiga hari itu.

ARTIKEL YANG SAMA