Jualan Tesco meningkat

Jualan Tesco meningkat

LONDON, 23 Jun (AFP) – Peruncit terbesar di Britain, kumpulan pasar raya Tesco hari ini mengumumkan kenaikan dalam jualan suku pertama bersama berita ia telah mengurangkan lagi kos operasinya.

Tesco awal bulan ini berkata ia telah keluar dari Turki untuk memberi tumpuan kepada Eropah Tengah dan Asia Tenggara pada peringkat antarabangsa sambil menambah ia akan mengeluarkan rantaian kopi British Harris + Hoole dan ditukar kepada Caffe Nero.

Ini dilakukan selepas Tesco berkata dalam satu kenyataan bahawa jualan kumpulan meningkat 1.1 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga akhir bulan Mei berbanding suku pertama tahun kewangan 2015/16.

Ketua Eksekutif Tesco Dave Lewis berkata, syarikat itu telah mencapai pertumbuhan jualan “dalam apa yang kekal sebagai pasaran mencabar dengan deflasi berterusan”.

Kumpulan itu, yang semakin pulih prestasi selepas dagangan bergelora baru-baru ini, juga dalam proses menjual Dobbies Garden Centres dan rangkaian restoran Giraffe.

Keseluruhan perniagaan Tesco melantun semula menjana keuntungan tahun ini hingga Februari kepada jualan kukuh meredakan perdagangan rumah yang mencabar sehingga mencetuskan rekod kerugian 5.7 bilion pound dalam tahun kewangan sebelumnya.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, prestasi Tesco terjejas teruk akibat peningkatan persaingan di Britain terutamanya daripada peruncit diskaun milik Jerman Aldi dan Lidl, dan juga pasar raya Morrisons, Sainsbury dan Asda Walmart milik.

Tesco juga telah keluar daripada perniagaan peruncitannya di Korea Selatan dan Amerika Syarikat selepas ‘tewas’ dalam persaingan sengit di luar negara.

ARTIKEL YANG SAMA