Jualan Tesla meningkat, sedia bagi model baru

Jualan Tesla meningkat, sedia bagi model baru

WASHINGTON, 11 Feb – Tesla hari ini berkata jualan 2015 mereka telah meningkat 51 peratus tatkal syarikat pembuat kereta elektrik itu mengesahkan rancangan-rancangan bagi model barunya yang menyasarkan bagi pasaran yang lebih luas.

Syarikat California yang diterajui oleh usahawan Internet Elon Mask itu berkata ia telah menjual 25,202 kenderaan Model S pada tahun itu, meningkat daripada 16,689 pada 2014.

Tesla, yang melabur tinggi dalam kenderaan-kenderaan baru dan teknologi bateri untuk mendorong pasaran bagi kereta elektrik, melaporkan kerugian suku keempat AS$320 juta dalam pendapatan AS$1.2 bilion.

Syarikat itu menyatakan Model 3 yang dianggarkan berharga AS$35,000 atau kira-kira separuh dari harga kereta terlaris mereka akan dilancarkan pada 31 Mac, dengan pengeluaran dan penghantaran akan bermula pada lewat 2017.

Surat pemegang saham menyatakan syarikat itu sedang melihat “permintaan seluruh dunia yang meningkat bagi kenderaan Tesla,” dan penghantaran-penghantaran telah meningkat lebih daripada 50 peratus pada suku keempat berbandingan tempoh tiga bulan sebelumnya.

Salah satu model kereta keluaran Tesla Model S. - Reuters
Salah satu model kereta keluaran Tesla Model S. – Reuters

“Bagi 2016, kami bercadang bagi pertumbuhan penghantaran yang lebih pantas berbanding tahun lepas,” menurut surat itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA