Jualan tiket Olimpik London, Sochi disiasat semula

Jualan tiket Olimpik London, Sochi disiasat semula

LONDON, 25 Ogos – Bekas hakim Mahkamah Tinggi, Carroll Moran dilantik mengetuai badan siasatan skandal jualan tiket haram di Olimpik Rio dan kini membuka semula kes serupa di temasya London 2012.

Menteri Sukan Ireland, Shane Ross mengesahkan pelantikan Moran berkuat kuasa serta merta dan siasatan badan bebas berkenaan juga membabitkan siasatan ke atas jualan tiket pada temasya Olimpik musim sejuk 2014 di Sochi dan Olimpik 2012 di London.

Semua kes jualan berkenaan dibuka semula selepas polis Brazil menahan empat pegawai kanan Jawatankuasa Olimpik Ireland (OCI) yang disyaki terbabit dalam skandal jualan tiket haram di Olimpik Rio yang berakhir Ahad lalu.

Polis Rio berjaya menahan ketua delegasi Ireland, Kevin Kilty, Ketua Eksekutif OCI, Stephen Martin dan Setiausaha Agung OCI, Dermot Henihan.

Semalam polis Brazil mengesahkan siasatan lanjut mendapati Henihan tidak terbabit dalam skandal berkenaan selepas disoal siasat polis Brazil.

Kilty dan Martin masih menunggu untuk soal siasatan manakala Hickey, 71, masih dalam tahanan reman. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA