Juan kembalikan rentak kemenangan

Juan kembalikan rentak kemenangan

DELRAY BEACH, Amerika Syarikat (AS), 17 Feb – Juan Martin del Porto (gambar) mengembalikan rentak kemenangan semalam selepas berehat 11 bulan akibat kecederaan, menewaskan Denis Kudla dari AS dalam ‘straight set’ pada pusingan pertama Terbuka Delray Beach.

Pemain dari Argentina itu, 27, yang dibelenggu kecederaan menghadapi masa depan yang tidak pasti selepas tidak beraksi hampir setahun dengan masalah pergelangan yang memerlukan dua pembedahan berasingan.

Tetapi del Potro, yang berazam untuk menghidupkan semula kerjaya yang melibatkan kemenangan kejuaraan Terbuka AS 2009, tidak menunjukkan sebarang tanda kesukaran ketika mengatasi Kudla lebih dari satu jam.

Kemenangan semalam membawa gema kebangkitan sebelumnya bagi del Potro, yang memenangi mahkota Delray Beach pada 2011 juga selepas kembali dari kecederaan pergelangan.

Del Potro, yang melonjak di kedudukan nombor empat dalam rangking dunia pada 2010, pada masa ini berada di rangking 1,042 dunia.

pg23_160217_a

Dalam perlawanan lain semalam, pilihan utama Kevin Anderson dari Afrika Selatan tewas kepada Austin Krajicek dari AS. Anderson keluar selepas tewas set pertama dengan ‘tie-break’ 7/3.

Pilihan kedua, Bernard Tomic dari Australia juga sedikit keletihan, ditewaskan dalam ‘straight set’ 7-6 (7/3) 6-1 oleh pemain dari AS, Rajeev Ram untuk menceriakan peminat tuan rumah. – AFP