Juara bertahan mara ke pusingan ketiga

Juara bertahan mara ke pusingan ketiga

PARIS, 25 Mei – Juara bertahan Terbuka Perancis, Stan Wawrinka mara ke pusingan ketiga hari ini selepas menang 7-6(9-7), 6-3, 6-4 ke atas pemain Jepun Taro Daniel.

Pemain pilihan ketiga itu mengekang dua mata set pemain nombor 93 dunia itu dalam tie break set pertama, dan Wawrinka juga terpaksa mengejar dari mata break di set ketiga sebelum menamatkan perlawanan itu dengan kemenangan straight set.

Selepas mengelak untuk menjadi juara bertahan pertama untuk tewas dalam pusingan pertama apabila terpaksa bermain lima set dengan Lukas Rosol, Wawrinka berasa lega untuk akhirnya untuk berjaya mengatasi pusingan itu.

“Saya gembira untuk menyelesaikannya dalam tiga set. Sudah tentu ada masa permainan naik turun, namun menang tiga set, sering sesuatu yang baik, dan secara keseluruhan ia adalah hari yang baik,” kata Wawrinka.

“Saya berasa dia bermain dengan baik. Saya mempunyai banyak peluang untuk mematahkan servis untuk berada di depan. Namun saya mensia-siakan peluang itu dan dia mula bermain dengan lebih baik.

Stan Wawrinka selepas perlawanan itu. - AFP
Stan Wawrinka selepas perlawanan itu. – AFP

“Saya bergelut sedikit. Saya teragak-agak sedikit dengan permainan saya seketika. Itu sebabnya saya membuat terlalu banyak kesilapan.

“Ia adalah perlawanan tiga set yang sukar, tapi saya berasa buat dengan baik. Saya gembira. Dan saya berasa saya bermain dengan lebih baik.”

Wawrinka akan berdepan pemain ranking ke-32 dari Perancis, Jeremy Chardy, lawan yang pernah ditewaskan oleh pemain Switzerland itu dalam semua empat pertemuan sebelumnya bagi menempah nama ke 16 terakhir kejohanan itu. – AFP