Juara bertahan Sharapova tersingkir

Juara bertahan Sharapova tersingkir

PARIS, 2 Jun (Reuters) – Maria Sharapova yang beraksi cemerlang sepanjang kempennya di Roland Garros bagi mempertahankan kejuaraannya berakhir apabila tewas di tangan pemain dari Republik Czech Lucie Safarova 7-6(3), 6-4 di pusingan keempat hari semalam.

Pemain pilihan kedua itu yang sebelum ini berjaya ke tiga peringkat akhir kejohanan ini, menang di tahun 2012 dan 2014, tidak mampu untuk menahan desakan pukulan forehand lawannya.

Safarova yang tidak pernah mara ke peringkat suku akhir di kejohanan ini dalam 10 percubaan sebelumnya, memukul 20 pukulan forehand kemenangan bagi menyudahkan bekas pemain nombor satu dunia di gelanggan Phillippe Chatrier.

“Saya merasakan ada peluang kecil, saya bermain beberapa mata yang baik, cuma saya tidak mampu meningkatkan permainan saya hari ini,” Sharapova memberitahu di sidang media.

Sharapova selepas tewas di perlawanan suku akhir kejohanan Terbuka Perancis. – AFP
Sharapova selepas tewas di perlawanan suku akhir kejohanan Terbuka Perancis. – AFP

“Dia berupaya melakukannya dalam jangka waktu yang lama. Merupakan pemain yang lebih agresif. Dia menghasilkan pukulan sudut yang lebih dan saya tidak. Itulah perbezaannya hari ini.

“Lawan saya bermain di peringkat konsisten yang lebih tinggi berbanding saya, dan keputusan itu adalah hari yang teruk bagi pihak saya.”

Safarova yang pencapaian terbaiknya mara ke separuh akhir di kejohanan Wimbledon tahun lepas seterusnya akan berdepan dengan pemain pilihan ke-21 Garbine Muguruza setelah pemain Sepanyol itu mara ke peringkat suku akhir bagi kali kedua berturut-turut setelah mengalahkan pemain Itali Flavia Penetta dalam straight set.