Juara bertahan tewas

Juara bertahan tewas

SANTA CLARA, California, 7 Jun – Argentina yang beraksi tanpa bintang Lionel Messi, menewaskan juara bertahan Chile 2-1 di Santa Clara, California, dalam kemunculan pertama kedua-dua buah pasukan Kumpulan D pada Copa America Centenario.

Angel Di Maria menemui sasaran pada minit ke-51 di Stadium Levi’s selepas menerima umpanan daripada Marcos Rojo. Lapan minit kemudian, rembatan menerusi Ever Banega melantun mengenai pemain pertahanan Chile, Mauricio Isla yang sudah cukup mengejutkan penjaga gol, Claudio Bravo dan menerjah terus ke jaring.

Tandukan pada masa kecederaan daripada pemain pertahanan Chile, Jose Pedro Fuenzalida yang menyaksikan penjaga gol Argentina, Sergio Romero gagal untuk menjangka kedudukan jaringan 2-1.

Tandukan menerusi Nicolas Gaitan dari Argentina, mengenai palang pada minit kedua perlawanan.

“Saya suka dengan 90 minit perlawanan,” kata pengurus Argentina, Gerardo Martino selepas perlawanan. “Saya rasa kami mendapatkan kemenangan yang adil dan penting.”

Angel di Maria, Ever Banega dan Gonzalo Higuain meraikan gol pasukan mereka pada perlawanan itu. – AFP
Angel di Maria, Ever Banega dan Gonzalo Higuain meraikan gol pasukan mereka pada perlawanan itu. – AFP

pg22_160608_CopaAmericaLogo

Pengurus pasukan Chile kelahiran Argentina itu, Juan Antonio Pizzi berkata dia berharap pasukannya akan dapat mengatasi kekalahan itu dan kelebihan ke suku akhir. Dia menjelaskan fakta bahawa Argentina melakukan dengan baik tanpa kelibat Messi.

“Gaitan beraksi dengan baik, dengan pelbagai kebaikan, dan ciri-ciri yang berbeza,” kata Pizzi.

Messi, yang mengalami kecederaan di bahagian belakang ketika perlawanan persahabatan Argentina menentang Honduras pada 27 Mei, berada di bangku simpanan tetapi tidak dapat beraksi. Argentina berharap akan dapat menurunkannya pada Jumaat ini dalam perlawanan mereka menentang Panama di Chicago.

Juara dunia dua kali, Argentina belum memenangi gelaran itu sejak Copa America 1993. Mereka berada di tangga kedua dalam Piala Dunia 2014, di mana mereka tewas kepada Jerman, dan Copa America 2015, yang mana mereka tewas kepada tuan rumah Chile, dan berazam untuk membuat perubahan pada Copa America Centenario.

“Kami melakukan banyak perkara dengan baik buat beberapa tahun. Tahun ini adalah untuk mencapai tujuan itu, yang membuktikan adalah sukar,” kata Di Maria selepas kemenangan ke atas Chile.

Chile memenangi gelaran pertama dalam sejarah mereka tahun lepas. Bagaimanapun, mereka tewas empat dari lima perlawanan sejak Jorge Sampaoli meletak jawatan sebagai pengurus mereka pada Januari dan digantikan oleh Pizzi.

Selepas satu pusingan perlawanan, Argentina mengungguli Kumpulan D dengan tiga mata. Panama juga mengutip tiga mata selepas menewaskan Bolivia 2-1 pada pagi kelmarin. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA