Juara dunia angkat berat digantung

Juara dunia angkat berat digantung

MOSCOW, 25 Dis (Reuters) – Juara dunia, Alexei Lovchev dari Rusia digantung kerana kegagalan ujian doping, kata Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa dalam laman sesawangnya (www.iwf.net) semalam.

Atlet itu, 26, yang juga pemegang rekod dunia bagi 105kg, didapati memiliki kesan bahan Ipamorelin yang diharamkan dalam contoh “A” miliknya.

“Saya rasa masalah ini bermotifkan politik,” Lovchev memberitahu agensi berita All Sport. “Semua ini adalah yang sama kepada apa yang berlaku ke atas sukan Rusia.

“Saya tidak akan mengalah. Saya akan mengambil semua langkah–langkah sesuai anti dadah untuk menunjukkan saya tidak bersalah dan ini melibatkan pengambilan contoh “B”.

Alexei Lovchev yang digantung akibat kegagalan ujian doping. – Reuters
Alexei Lovchev yang digantung akibat kegagalan ujian doping. – Reuters

Pasukan petugas dari badan induk atletik dunia membuat lawatan pertama ke Rusia pada 10-11 Januari depan untuk memeriksa perkembangan terhadap pembersihan skandal doping yang membawa negara itu digantung daripada sukan pada bulan lalu.

Persekutuan Atletik Antarabangsa (IAAF) menetapkan beberapa langkah yang perlu diambil Rusia untuk dikekalkan sebelum Olimpik Rio pada Ogos tahun depan.

Penggantungan itu disusuli dengan laporan daripada jawatankuasa bebas Agensi Anti Dadah Dunia yang mendedahkan penyebaran doping bersistematik ditaja negara dan rasuah yang berkaitan.

ARTIKEL YANG SAMA