Juara dunia kekal mantap

Juara dunia kekal mantap

JERMAN, 5 Jun – Juara Piala Dunia, Jerman mencatat kemenangan selesa 2-0 meskipun beraksi bukan di tahap sebenar ke atas Hungary pada aksi perlawanan persahabatan terakhir menjelang Euro 2016, awal pagi tadi.

Jaringan sendiri Adam Lang pada hujung babak pertama dan gol daripada Thomas Muller di babak kedua memastikan juara dunia itu mencatat kemenangan pertama selepas tewas 3-1 pada aksi persahabatan menentang Slovakia di Augsburg, minggu lalu.

Usaha Mario Gotze yang memaksa Lang menjaringkan gol ke gawang dan kehadiran Toni Kroos nyata memberi impak kepada pasukan.

“Ia ujian yang seimbang buat kami.

“Kami hanya membenarkan Hungary memperoleh satu peluang terbaik di babak pertama dan selebihnya berada dalam perancangan kami,” kata Kroos.

Thomas Mueller (tengah) melompat untuk mendapatkan bola ketika perlawanan persahabatan tersebut. – AP
Thomas Mueller (tengah) melompat untuk mendapatkan bola ketika perlawanan persahabatan tersebut. – AP

Kapten pasukan, Bastian Schweinsteiger yang kembali pulih daripada kecederaan lutut serius, turut beraksi apabila masuk menggantikan Kroos pada babak kedua.

“Masih ada beberapa lagi perkara yang perlu diperbaiki. Pasukan tidak terlalu cergas namun keadaan pastinya berbeza pada minggu hadapan,” kata pengendali Jerman, Joachim Loew yang akan membimbing anak buahnya menentang Ukraine.

Poland serta Ireland Utara berada dalam Kumpulan C.

Loew menurunkan barisan terkuatnya dengan meletakkan Mario Gotze selaku penyerang dan dibantu Mesut Ozil, selain diapit Julian Draxler di sayap kiri dan Muller yang beraksi di sayap kanan. – AP

 

ARTIKEL YANG SAMA