Juara lawan pedang maut, dipercayai ditolak polis ke kereta api

Juara lawan pedang maut, dipercayai ditolak polis ke kereta api

NEW DELHI, 24 Julai – Seorang juara lawan pedang kebangsaan India meninggal dunia apabila anggota polis dipercayai telah menolaknya ke landasan kereta api yang sedang bergerak, menurut ahli keluarganya namun polis mengatakan hari ini, ia adalah satu kemalangan.

Hoshiyar Singh dipercayai ditolak ke sebuah kereta api di negeri Uttar Pradesh oleh polis apabila dia enggan membayar denda, ayahnya dipetik sebagai berkata oleh rangkaian berita NDTV.

Singh yang sudah dilantik sebagai jurulatih simpanan bagi perempuan telah pulang untuk melihat ibunya yang sakit apabila polis menuntut denda 200 rupee ($3.10) dan menolaknya apabila dia enggan, menurut ayahnya.

“Menurut siasatan awal, Singh keluar dari sebuah stesen untuk mengisi air botolnya dan apabila kereta api hendak berlepas, dia tidak dapat masuk dan tergelincir di antara ruang platform dan kereta api,” kata pegawai polis GN Khanna.

“Namun kami telah merekodkan aduan yang dibuat oleh keluarganya dan siasatan lanjut dijalankan,” tambah Khanna. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA