Juara liga bermula hambar

Juara liga bermula hambar

HULL, 14 Ogos – Leicester City hanya tewas tiga aksi musim lalu namun kekalahan 1-2 pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris musim ini di tangan Hull City memberi amaran betapa tekanan berbeza bakal dihadapi selaku status penyandang juara.

Kejayaan meraih kejuaraan liga musim lalu yang dibina menerusi pertahanan mantap, semangat berpasukan yang tinggi, kekuatan N’Golo Kante serta kepantasan serangan balas diterajui Jamie Vardy dan Riyad Mahrez, selain mereka sering dipandang rendah oleh pasukan lawan.

Namun selepas tewas di tangan Hull yang menyaksikan mereka menjadi juara pertama yang tewas pada aksi pembukaan liga, membuktikan mereka bakal berdepan cabaran lebih sukar terutama jika tonggak mereka gagal mengulangi prestasi musim lalu.

 Juara bertahan tidak mampu menewaskan Hull City pada perlawanan musim ini. – AP
Juara bertahan tidak mampu menewaskan Hull City pada perlawanan musim ini. – AP

“Musim ini akan menjadi lebih sukar berbanding musim lalu,” kata pengendali The Foxes, Claudio Ranieri kepada Sky Sports.

“Kami menunjukkan kami pasukan yang sangat bagus musim lalu, jadi kami perlu mengulanginya sekali lagi musim ini,” katanya.

Vardy terlepas dua peluang terbaik sebelum Hull membuka jaringan apabila pertahanan Leicester gagal menutup ruang untuk gol akrobatik, Adama Diomande.

“Kami melakukan banyak kesilapan dan tidak bermain sebagai satu pasukan. Kami lebih banyak bermain secara individu.” – Agensi