Juara liga di Eropah

Juara liga di Eropah

Oleh Mus Marasin

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Musim bola sepak di Eropah sudah sampai ke penghujung dengan sang juara menjulang trofi liga hujung minggu ini dengan beberapa lagi tersingkir dari kumpulan elit dan bakal beraksi dalam liga yang lebih rendah musim depan.

Bagi Sepanyol, persaingan begitu sengit sehingga lapan perlawanan terakhir belum menampakkan kedudukan kukuh dan peminat menyaksikan turun naik Barcelona dan Real Madrid mendominasi tempat teratas. Namun Barcelona berjaya membuktikan keunggulan apabila mengatasi Real dan muncul juara La Liga 17 Mei lalu selepas menewaskan Atletico Madrid di stadium Vicente Calderon dan kelmarin melengkapkan musim walaupun seri 2-2 dengan Deportivo.

Bola sepak elit Itali tidak dapat ditulis tanpa menyebut pasukan Juventus. Pasukan jaguh dengan ‘dua versi’ jumlah kejuaraan ini tetap unggul apabila berjaya mengharungi musim untuk muncul pemenang Serie A tiga kali berturut-turut untuk Scudeto ke-31 secara rasmi, tetapi gelaran ke-33 menurut Juventus, apabila menewaskan Sampdoria 3 Mei lalu.

Bola sepak Jerman cukup mantap tetapi hampir menjadi saingan satu pasukan dengan pasukan Bayern Munich cukup gagah di Bundesliga. Selepas Moenchangladbach menang 1-0 ke atas Hertha Wolfsburg pada 27 April, Bayern sudah sah bergelar juara ketika musimnya masih berbaki lima perlawanan dan untuk perlawanan terakhir kelmarin, Mainz 05 menjadi mangsa terakhir Bayern musim ini.

Bayern bergambar ramai bagi meraikan trofi Bundesliga selepas membenam Mainz 05 di Allianz Arena kelmarin. – AFP
Bayern bergambar ramai bagi meraikan trofi Bundesliga selepas membenam Mainz 05 di Allianz Arena kelmarin. – AFP
Juventus meraikan trofi Serie A selepas membenam Napoli kelmarin. – AFP
Juventus meraikan trofi Serie A selepas membenam Napoli kelmarin. – AFP
Midfield Benfica, Nicolas Gaitan menjulang trofi Liga Portugal selepas membenam Maritmo di Lisbon kelmarin. – AFP
Midfield Benfica, Nicolas Gaitan menjulang trofi Liga Portugal selepas membenam Maritmo di Lisbon kelmarin. – AFP
Xavi Hernandez menjulang trofi La Liga Sepanyol selepas menewaskan Deportivo di stadium Nou Camp kelmarin. – AFP
Xavi Hernandez menjulang trofi La Liga Sepanyol selepas menewaskan Deportivo di stadium Nou Camp kelmarin. – AFP
Pemain PSG meraikan trofi Ligue 1 selepas mengatasi Reim 3-2 di stadium Parc des Princes kelmarin. – AFP
Pemain PSG meraikan trofi Ligue 1 selepas mengatasi Reim 3-2 di stadium Parc des Princes kelmarin. – AFP
Nemanja Matic (atas, tengah) dan Jose Mourinho (kanan) meletakkan mahkota trofi EPL di kepala Didier Drogba semasa meraikan musim penuh bergaya Blues di Stamford Bridge semalam. – AFP
Nemanja Matic (atas, tengah) dan Jose Mourinho (kanan) meletakkan mahkota trofi EPL di kepala Didier Drogba semasa meraikan musim penuh bergaya Blues di Stamford Bridge semalam. – AFP

Perancis juga tidak kurang hebat dengan kelab paling kaya dan memberikan gaji tertinggi di dunia kepada pasukan ada di sana. Skuad mahal PSG berhempas pulas mempertahankan gelaran apabila mendapat saingan hebat Olympic Marseille dan Lyon. Selepas membenam Montpellier 17 Mei lalu, PSG sudah sah bergelar juara Perancis untuk kali ketiga berturut-turut dengan baki dua perlawanan dan Reim yang tewas 3-1 adalah mangsa terakhir mereka kelmarin.

Portugal, walaupun tidak sehebat liga Eropah yang lain, tetapi pemain mereka memeriahkan hampir kesemua liga di Eropah. Tahun ini menjadi peluang Benfica untuk mencatat sejarah sebagai juara selepas cemerlang mengharungi musim. Maritmo menjadi mangsa terakhir Benfica sebelum meraikan piala di stadium Luz, Lisbon kelmarin.

Chelsea sudah sah bergelar juara EPL 3 Mei lalu selepas membenam Crystal Palace 1-0. Pagi tadi Blues melengkapkan musim dengan bergaya apabila menundukkan Sunderland 3-1 di Stamford Bridge. Musim ini amat istimewa bagi Chelsea dengan kepulangan semula ‘The Special One’ dan ‘King’ Drogba ke Stamford Bridge dengan The Blues juara musim ini.