Juara NBA kunjungi Obama

Juara NBA kunjungi Obama

WASHINGTON, 5 Feb – Presiden Barack Obama mengalu-alukan juara NBA, Golden State Warriors ke Rumah Putih semalam, bergurau bersama pemain bintang Stephen Curry dan rakan sepasukan liganya.

Obama adalah peminat besar bola keranjang dan bermain golf bersama Curry dan ayahnya, bekas pemain NBA, Dell Curry, pada Ogos lalu ketika dalam percutian.

“Steph menggunakan alasan Secret Service kerana diugut bagi mengapa dia tewas dalam perlawanan. Ia bukanlah kesnya,’ kata Obama. “Tetapi dia memiliki peluang lain.”

Obama berkata dia kecewa tidak melihat Riley Curry, anak perempuan pemain NBA Most Valuable Player itu yang menjadi perhatian kamera ketika sidang akhbar selepas perlawanan ayahnya ketika NBA Final Jun lalu.

‘Saya berharap Riley Curry ada di sini hari ini untuk berkongsi pentas bersama saya, tetapi saya rasa saya akan perlu mendapatkan latihan media,’ kata Obama dengan senyuman.

Stephen Curry (kanan) bersama Obama yang memegang satu jersi yang diberikan kepadanya di majlis meraikan  juara bola keranjang NBA 2015 di White House. – Reuters
Stephen Curry (kanan) bersama Obama yang memegang satu jersi yang diberikan kepadanya di majlis meraikan juara bola keranjang NBA 2015 di White House. – Reuters

Obama mengakui jurulatih Warriors, Steve Kerr, yang pernah memenangi gelaran NBA lima kali sebagai pemain termasuk tiga bermula dari 1996 sehingga 1998 sebagai pemain pertahanan bersama Michael Jordan bagi Chicago Bulls, pasukan Obama.

‘Ia jarang untuk berada dalam kehadiran pemain dari pasukan terhebat dalam sejarah NBA, jadi kami bernasib baik hari ini kerana kami mendapatkan salah seorang pemain tersebut,’ kata Obama.

Kerr bersama skuad Bull pada 1995-1996 yang mencatatkan rekod NBA 72-10 dan musim berikutnya pasukan itu mencatatkan kedua terbaik 69-13.

Sekarang pasukan Warriors yang dilatihnya adalah ancaman kepada kedua kejayaan.

Kerr, yang membantu Golden State menang dalam musim pertamanya tetapi terlepas permulaan kempen sekarang kerana pembedahan belakang, kembali hanya dua minggu lalu, selepas Warriors memulakan dengan 39-4, kedua terbaik dalam sejarah NBA, di bawah Luke Walton. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA