Juara NBA rebah di Utah

Juara NBA rebah di Utah

LOS ANGELES, 11 Jan – LeBron James telah menjaringkan mata tertinggi perlawanan dengan 29 mata tetapi ia tidak cukup untuk mencegah juara NBA, Cleveland Cavaliers daripada menanggung kekalahan 100-92 di Utah Jazz.

James menghasilkan enam ‘rebound’ dan lima asis sementara rakan sepasukannya, Kyrie Irving menjaringkan 20 mata di malam yang mengecewakan bagi The Cavs. The Cavaliers ditewaskan oleh jaringan balas Utaz Jazz yang mempunyai tidak kurang daripada enam pemain menghasilkan dua angka mata.

Gordon Hayward berada di depan bagi pasukan tuan rumah dengan 28 mata dan sembilan ‘rebound’ sementara Rodney Hood menghasilkan 18 mata berharga.

Rudy Gobert meraih ‘double-double’ ke-27 musim ini dengan 11 mata dan 14 ‘rebound’ bagi mengangkat Utah untuk kemenangan ketiga berturut-turut di gelanggan sendiri. Kemenangan itu membantu Utah meningkat kepada 24-16, sementara pendahulu Eastern Conference, Cleveland jatuh 28-9 apabila tiga kemenangan berturut-turut mereka berakhir. – AFP

Pemain Utah Jazz, Rodney Hood melakukan faul ke atas bintang Cleveland, LeBron James (depan) dalam separuh masa pertama aksi NBA kelmarin. – AP
Pemain Utah Jazz, Rodney Hood melakukan faul ke atas bintang Cleveland, LeBron James (depan) dalam separuh masa pertama aksi NBA kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA