Juara Olimpik lompat tinggi didakwa positif doping

Juara Olimpik lompat tinggi didakwa positif doping

MOSCOW, 24 Mei (AP) – Jurulatih bagi juara lompat tinggi Olimpik 2012 Anna Chicherova berkata atlet Rusia itu telah didakwa atas kesalahan doping pada Sukan Olimpik Beijing 2008.

Jurulatih Yevegeny Zagorulko memberitahu agensi berita kerajaan Rusia Tass bahawa Chicherova adalah antara 31 altet yang dimaklumkan bahawa sampel mereka telah didapati positif dalam ujian semula.

Zagorulko berkata “tiga hari lepas, Anna menerima satu makluman bahawa sampelnya dari Olimpik Beijing telah diuji positif selepas ujian semula.”

Dia berkata “setakat ini ia masih dalam peringkat perkembangan dan belum lagi secara jelasnya disahkan.”

Pihak IOC telah berkata 31 kes itu merupakan atlet yang terlibat dalam enam acara sukan dari 12 negara. Ia telah menolak untuk memberikan nama-nama, dengan alasan undang-undang.

Chicherova memenangi pingat gangsa di Beijing di belakang pemenang Tia Hellebaut dari Belgium dan Blanka Vlasic dari Croatia.