Juara sepak takraw dirai

Juara sepak takraw dirai

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 20 Mac – Juara-juara di Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-sekolah dan Maktab-maktab Kerajaan dan Swasta bagi Zon 4 Daerah Belait baru-baru ini telah dirai dalam acara penyampaian hadiah bertempat di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Lumut.

Hadir bagi menyampaikan hadiah-hadiah tersebut ialah Pemangku Penguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Haji Kaffli bin Lidus yang juga selaku tetamu kehormat majlis.

Dua kategori telah dipertandingkan pada kejohanan tersebut iaitu Kategori B (menengah bawah) dan Kategori C (menengah atas).

Gambar ramai bersama Juara Kategori B dalam kejohanan tersebut.
Gambar ramai bersama Juara Kategori B dalam kejohanan tersebut.

Juara Kategori B dimenangi oleh Sekolah Menengah Perdana Wazir setelah berjaya menewaskan Sekolah Menengah Sayiddina Ali yang menduduki tempat sebagai naib juara dalam kategori tersebut.

Manakala bagi Kategori C pula dimenangi oleh Maktab Anthony Abell, Seria setelah berjaya menundukkan pasukan dari Sekolah Menengah Perdana Wazir selaku naib juara.