Juara Terbuka Qatar tumpas

Juara Terbuka Qatar tumpas

DOHA, 6 Jan (AFP) – Juara bertahan, David Ferrer tersungkur pada pusingan pertama Terbuka Qatar selepas tewas kepada pemain ranking ke-94 dunia dari Ukraine, Ilya Marchenko 7-6, 3-6, 2-6. Ferrer yang juga pilihan keempat kali ini bergelut sepanjang perlawanan, menyaksikannya gagal melakukan servis dengan baik dan melakukan 43 kesilapan.

Kekalahan pemain itu pantas menjadi buah mulut berbanding kemenangan pilihan kedua, Rafael Nadal.

“Sepanjang perlawanan, beliau (Marchenko) nyata lebih baik daripada saya. Daripada set pertama lagi dan dia berhak menang,” kata Ferrer yang juga pemain ranking ketujuh dunia.

Juara bertahan Terbuka Australia ditewaskan oleh Ilya Marchenko. – AFP
Juara bertahan Terbuka Australia ditewaskan oleh Ilya Marchenko. – AFP

Ferrer yang juga pemain Sepanyol berkata, dia kekurangan tenaga sepanjang perlawanan namun ia bukan alasan kepada kekalahan itu.

“Masalah bukan raket tapi servis saya,” katanya. Buat Marchenko, keputusan itu menjadi kejayaan paling besar sepanjang kariernya.

“Ia menjadi hari yang hebat buat saya. Saya gembira dengan prestasi saya. Ia permulaan yang baik untuk musim ini,” kata pemain berusia 28 tahun itu.