Jubli Emas disambut meriah

Jubli Emas disambut meriah

SINGAPURA, 9 Ogos (AFP) – Singapura meraikan hari kemerdekaan ke-50 tahun hari ini dengan keraian seluruh negara termasuklah perbarisan besar-besaran ketenteraan dan persembahan bunga api yang juga akan memberi penghormatan kepada bekas pemimpin pengasas, Lee Kuan Yew.

Kira-kira 250,000 orang penonton menyertai dalam keraian bermula 6 petang antara yang terbesar dalam sejarah negara kota ini yang termasuk kira-kira 2,000 orang menyertai perbarisan, 50 pesawat udara tentera dan 177 buah kereta kebal serta perkakasan keselamatan lain.

Perbarisan ditutup dengan persembahan bunga api, adalah tahap tinggi tahun jubli yang sebahagian besarnya direka dan dibiayai oleh kerajaan yang dijangka akan mengadakan pilihan raya kelak untuk meluaskan kepimpinannya ke atas pihak pembangkang yang berbahagi.

Singapura menjadi sebuah negara republik pada 9 Ogos 1965, apabila ia menarik diri dari Persekutuan Malaysia ekoran kesatuan dua tahun yang bergolak.

Keraian bermula pagi ini apabila siren dibunyikan pada pukul 9 pagi sebelum penyiaran stesen kebangsaan TV dan radio rakaman Lee Kuan Yew membacakan pengisytiharan asli kemerdekaan.

Persembahan bunga api memeriahkan lagi suasana sambutan kemerdekaan Jubli Emas Singapura berdepanan Marina Bay. – Reuters
Persembahan bunga api memeriahkan lagi suasana sambutan kemerdekaan Jubli Emas Singapura berdepanan Marina Bay. – Reuters

“Pada tahun ke 50, ketika kita mengenang kembali dan mengagumi sejauh mana kita datang,” Perdana Menteri Lee Hsien Leong berkata dalam perutusan yang disiarkan di televisyen.

Perdana Menteri, anak kepada Lee Kuan Yew disertai oleh para pemimpin Negara-Negara Pertubuhan Asia Tenggara (ASEAN) bagi perbarisan di kawasan Padang bersejarah yang berhadapan Marina Bay.

Perdana Menteri Malaysia dan Thailand, berserta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla adalah antara para pemimpin serantau yang menghadiri, bersama-sama para pegawai dari China, Australia dan Jepun.

Bekas pemimpin-pemimpin penjajah, Britain diwakili oleh Setiausaha Luar Philip Hammond dan Putera, sementara Amerika Syarikat telah menghantar bekas wakil perdagangan Ron Kirk.

Lee Hsien Loong, yang mengambil alih jawatan perdana menteri pada tahun 2004, semalam berkata keraian akan “meraikan bagaimana kita mengubah kelemahan kepada kekuatan” dan perjalanan dari Dunia Ketiga kepada Pertama.”