Judi: 46 diberkas, mesin slot antara yang dirampas

Judi: 46 diberkas, mesin slot antara yang dirampas

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Pasukan Polis Diraja Brunei telah memberkas 46 orang dalam serbuan berasingan ke atas premis perjudian di ibu negara dan di Kuala Belait.

Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, ASP Haji Mohammad Noor bin Haji Abd Rahman dalam satu kenyataan malam ini berkata, 10 warga tempatan diberkas dalam serbuan mengejut oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei bersama detektif Ibu Pejabat Daerah Polis Belait ke atas sebuah rumah di kawasan Kampung Mumong, yang dipercayai menjalankan aktiviti judi jenis Katam-Katam.

Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala barangan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan perjudian tersebut turut dirampas.

pg07_160106_d

ASP Haji Mohammad Noor berkata, sebelum itu, Jabatan Siasatan Jenayah telah membuat operasi bersepadu dengan Jabatan Daerah dan Brunei Muara dan juga Jabatan Bandaran ke atas lima premis di ibu negara yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian.

Premis-premis berkenaan didapati menjalankan aktiviti berkenaan dengan menggunakan mesin-mesin permainan yang berdasarkan adu nasib seperti mesin slot dan beroperasi secara terbuka sebagai pusat permainan dan arked.

ASP Haji Mohamad Noor berkata, seramai 36 orang telah ditahan dari kelima-lima premis berkenaan untuk disiasat lanjut. Katanya, kesemua yang ditahan boleh didakwa di bawah Seksyen 6 (1), Penggal 28, Akta Rumah Judi Terbuka yang membawa hukuman denda $10,000 dan 6 bulan penjara, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL YANG SAMA