Judi: 6 lelaki tempatan didenda

Judi: 6 lelaki tempatan didenda

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160909_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman denda ke atas enam orang lelaki tempatan dan membebaskan seorang wanita tempatan atas pertuduhan perjudian.

Sapar bin Jalak dijatuhi denda $5,000 kerana menjadikan kediamannya yang terletak di Kampung Perpindahan Lambak Kanan sebagai tempat perjudian ‘katam-katam’ pada 2 Februari 2010.

Dia yang mengaku bersalah diberi tempoh sehingga 29 Disember oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid untuk membayar denda itu, atau berdepan dua bulan penjara jika gagal.

Wasini bin Haji Shahdan dan Haji Mohammad bin Haji Tahir pula dijatuhi denda $900 setiap seorang selepas pengakuan bersalah mereka direkodkan, dan diberi tempoh sehingga 30 Disember untuk membayar denda itu dan jika gagal akan berdepan enam minggu penjara.

Haji Mohammad Osmera bin Haji Saman, Haji Adanan bin Haji Brahim@Haji Ibrahim dan Fazily bin Haji Moslin yang juga mengaku bersalah, masing-masing telah dijatuhi denda $700, dan juga diberi tempoh sehingga 30 Disember untuk membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan sebulan penjara.

Sementara itu, Hajah Ismah binti Matamit yang terdahulu mengaku tidak bersalah, dan mendakwa dirinya tidak terlibat telah dibebaskan selepas mahkamah membuat pertimbangan.

ARTIKEL YANG SAMA