Judi online: 2 rumah diserbu

Judi online: 2 rumah diserbu

pg01_150730_c

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Dua buah rumah di Kampong Ayer diserbu oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Polis Brunei Muara semalam kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian online.

Semasa serbuan tersebut lapan buat CPU dan lapan skrin komputer, yang dipercayai digunakan bagi perjudian online dirampas manakala pemiliknya dibawa ke ibu pejabat polis untuk disoal siasat.

Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei, ASP Mohamad Noor bin Haji Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, kes tersebut akan dibawa ke mahkamah sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada polis. Di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian, Perkara 28, sesiapa yang menjalankan aktiviti rumah perjudian adalah melakukan kesalahan dan boleh dihukum denda $10,000 dan penjara selama 12 bulan, di bawah Seksyen 4 akta yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA