Juergen Klopp berehat seketika

Juergen Klopp berehat seketika

DORTMUND, Jerman, 2 Jun (AP) – Jurulatih Borussia Dortmund Juergen Klopp mengakhiri segala spekulasi berkenaan masa depannya dan mengatakan bahawa dia akan berehat buat masa sekarang.

Klopp mengatakan demikian setelah “tujuh tahun mengendalikan kelab ini dengan penuh kasih sayang, saya berasa adalah wajar untuk saya berehat” sebelum mengambil kerja jurulatih yang baru “segar dan kembali bermotivasi.”

Jurulatih yang berkarisma itu tidak menyatakan secara terperinci berapa lama dia merancang untuk berehat, mengatakan rehatnya “akan diberitahu kemudian”.

Dalam perlawanan terakhir kendaliannya, Dortmund tewas di kejohanan akhir Piala German kepada Wolfsburg dengan jaringan 3-1 Sabtu lalu.

Klopp memenangi gelaran Bundesliga di tahun 2011 dan dua kejohanan tempatan di 2012 dan bermain di peringkat akhir Liga Juara-Juara 2013 yang mana pasukannya tewas di tangan Bayern Munich.

Jurulatih pasukan Borussia Dortmund membuat keputusan untuk berehat. –AFP
Jurulatih pasukan Borussia Dortmund membuat keputusan untuk berehat. –AFP