Juergen Klopp optimis

Juergen Klopp optimis

LONDON, 10 Feb – Juergen Klopp meramalkan hari yang cerah bagi pemain muda Liverpool walaupun mereka tewas kepada jaringan Angelo Ogbonna menentang West Ham United dalam perlawanan ulangan pusingan keempat Piala FA semalam.

Pasukan tersebut menununkan dua pemain berusia 20 dan 21 tahun, dua pemain berusia 22 tahun dan seorang midfield berusia 18 tahun, Pedro Chirivello yang berdepan West Ham di Upton Park sehinga pertahanan dari Itali, Ogbonna membuat tandukan pada masa kecederaan masa tambahan untuk memberikan kemenangan 2-1 kepada tuan rumah.

Ia menyaksikan Liga Europa sebagai satu-satunya harapan realiti bagi kejayaan Liverpool musim ini. Mereka pada masa ini 12 mata di bawah kedudukan Liga Juara-Juara dalam Liga Perdana, tetapi Klopp berkata semuanya adalah pembelajaran bagi para pemainnya.

“Kami adalah Liverpool FC dan ketika ini bukanlah pasukan yang hangat,” kata pengurus Liverpool, yang tidak dapat menyaksikan perlawanan pasukannya yang berkesudahan seri 2-2 menentang Sunderland Sabtu lalu memandangkan dia menjalani pembedahan apendiks.

“Tetapi esok apabila kami bangun…mata hari akan bersinar. Dan jika kami mahu, di Liverpool, bersama-sama, kami akan melakukan banyak perkara positif daripada perlawanan ini.

Klopp percaya pemain muda Liverpool mempunyai masa depan yang cerah dalam sedikit masa lagi. – Reuters
Klopp percaya pemain muda Liverpool mempunyai masa depan yang cerah dalam sedikit masa lagi. – Reuters

“Kami mahu mengorak langkah. Sejujurnya kami tidak mahu keputusan kami keterlaluan tetapi ia laluan sukar yang kami lalui. Pada akhirnya ia boleh menjadi laluan yang tepat.”

Begitu juga dengan memberikan lebih banyak masa kepada pemain muda skuadnya, kunjungan ke timur London membolehkan Klopp untuk mengalu-alukan beberapa pemain utama kembali daripada kecederaan.

Philippe Coutinho menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam aksi kepulangannya selepas sebulan kerana kecederaan hamstring. Dia meledakkan rembatan di bawah benteng West Ham pada minit ke-48 bagi membatalkan jaringan pembukaan Michail Antonio.

Penyerang Daniel Sturridge dan Divock Origi juga kembali sebagai pemain gantian separuh masa kedua, dengan pemain itu dilihat tajam dalam kemunculan pertama sejak 6 Disember lalu. – AFP