Julia dahului Svetlana

Julia dahului Svetlana

DUBAI, 16 Feb – Julia Goerges dari Jerman menewaskan pemenang Grand Slam dua kali, Svetlana Kuznetsova 6-0, 6-1 untuk mara ke pusingan kedua Dubai Tennis Championship pada Isnin lalu.

Penguasaan 55 minit itu adalah kekalahan teruk Kuznetsova sejak mengalami kekalahan yang sama pada Oktober lalu di Wuhan, China.

Hanya dua pemain pilihan beraksi dalam pusingan pertama semalam tewas pada halangan pertama dengan pilihan keenam dan finalis 2015, Karolina Pliskova dikecewakan oleh CoCo Vandeweghe dari AS yang memenangi pertandingan pertamanya musim ini 7-6 (7/5), 6-1 ke atas pemain wild card dari Czech.

Goerges mengulangi sejarah itu ke atas Kuznetsova selepas menewaskan pemain rangking ke 18 dari Rusia pada pusingan pertama di Dubai pada empat tahun lalu pada pertandingan pembukaan.

“Ia bukanlah salah satu yang terbaik saya,” kata pemenang rangking ke 54 itu. Saya begitu kuat tetapi melakukan beberapa kesilapan.”

Julia ketika dalam satu perlawanan menentang Karolina Pliskova pada kejohanan tenis Terbuka Australia yang lalu. Julia kini mendahului Svetlana 6-0, 6-1 untuk mara ke pusingan kedua Dubai Tennis Championship pada Isnin lalu. – Reuters
Julia ketika dalam satu perlawanan menentang Karolina Pliskova pada kejohanan tenis Terbuka Australia yang lalu. Julia kini mendahului Svetlana 6-0, 6-1 untuk mara ke pusingan kedua Dubai Tennis Championship pada Isnin lalu. – Reuters

“Saya tidak memberikannya peluang untuk berada dalam pertandingan itu, saya beraksi dengan agresif.”

Pemain senegara dari Jerman, Andrea Petkovic juga bermula dengan mencatatkan kemenangan, menyaingi enam kali dalam menewaskan Camila Giogi dari Itali, 6-2, 6-1 untuk menamatkan dua kekalahan berturut-turut.

Petkovic rangking ke 28, yang tersingkir dari pusingan pertama Terbuka Australia, dan kemudian dikalahkan dalam Piala Fed oleh Belinda Bencic dari Switzerland, berkerjasama dengan pasukan jurulatih baru dan merasakan permainannya kembali selepas bermain dengan idea untuk bersara dari sukan itu pada Disember lalu.

Petkovic menghadapi pemain nombor sembilan dunia yang baru, Bencic pada pusingan seterusnya di Aviation Club jika finalis hujung minggu di St.Petersburg menewaskan bekas pemain nombor satu, Jelena Jankovic pada pusingan pembukaan. – AFP