Jumlah kematian boleh meningkat – PBB

Jumlah kematian boleh meningkat – PBB

YANGON, 3 Ogos (AFP) – Angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Myanmar berikutan hujan lebat beberapa hari mungkin meningkat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran semalam, ketika hujan monsun menambah kesengsaraan kepada beribu-ribu orang di seluruh rantau itu.

Kira-kira 46 orang terbunuh dan lebih 150,000 terjejas oleh banjir di Myanmar dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan kerajaan mengisytiharkan empat kawasan yang teruk terjejas di tengah dan barat Myanmar ‘rantau terjejas bencana negara’

Ramai juga terbunuh di India, Nepal, Pakistan dan Vietnam ekoran banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat.

Usaha menyelamat di Myanmar terjejas disebabkan hujan yang turun berterusan dan kebanyakan rantau terpencil dilanda hujan, tidak dapat didatangi.

Salah sebuah kawasan yang ditenggelami air berikutan banjir hebat yang berlaku di Myanmar. – AFP
Salah sebuah kawasan yang ditenggelami air berikutan banjir hebat yang berlaku di Myanmar. – AFP

Di Kalay, salah sebuah bandar yang teruk terjejas di rantau barat laut negara, Sagaing, air banjir semalam telah naik setinggi-tinggi bumbung rumah dan mengatasi bahagian atas pokok kelapa, menurut seorang jurugambar AFP yang berada di sana. Kawasan luas pertanian telah ditelan banjir, yang mengubah lembah rata yang subur menjadi tasik besar.

Seorang pegawai di Jabatan Penempatan dan Bantuan Myanmar yang tidak mahu mendedahkan identitinya memberitahu AFP bahawa kira-kira 166,000 orang kini terjejas oleh banjir.

ARTIKEL YANG SAMA