Jumlah kematian meningkat 24 orang

Jumlah kematian meningkat 24 orang

MEXICO CITY, 31 Julai (AFP) – Sekurang-kurangnya 24 orang, termasuk seorang anak damit, terkorban apabila sebuah trak mengalami kerosakan brek dan melanggar ke arah sekumpulan penziarah di utara pusat Mexico, pihak berkuasa berkata kelmarin, bagaimanapun pemandunya berjaya melarikan diri dari tragedi itu.

Lebih daripada 20 orang cedera berikutan kemalangan pada petang Rabu di jalan utama Mazapil, sebuah bandar kecil yang mempunyai jumlah penduduk seramai 16,000 orang di bandar Zacarecas, kata pegawai.

Kira-kira 200 penziarah sedang menuju ke sebuah gereja apabila trak pembuangan tersebut, yang mana membawa bertan-tan pasir, melanggar ke arah kumpulan itu. Kebanyakan mangsa datang dari bandar lain.

Kenderaan tersebut hilang kawalan pada sistem breknya, melintasi jalur tengah dan terbalik ke sisi, Ketua Pendakwa Zacatecas Leticia Catalina Soto Acosta memberitahu berita tempatan.

“Kami mempunyai kematian keseluruhan 24 orang, termasuk seorang anak damit perempuan berusia satu tahun dan dua bulan,” katanya.

Sebuah trak terbalik merempuh sekumpulan penziarah yang berjalan di tepi jalan. – AFP
Sebuah trak terbalik merempuh sekumpulan penziarah yang berjalan di tepi jalan. – AFP

Pegawai Perlindungan Sivil memberitahu AFP bahawa 14 orang meninggal di tempat kejadian sementara sembilan yang lain meninggal akibat kecederaan yang dialami di hospital atau ketika dalam perjalanan dalam ambulans. “Kami berharap jumlah kematian tidak akan meningkat,” ketua pendakwa itu menambah.

Pegawai sebelumnya melaporkan 16 kematian dan 30 cedera.

Pemandu trak tersebut bagaimanapun melarikan diri selepas kejadian itu.

“Kami mempunyai beberapa testimoni mengenai siapa pemandu itu,” Soto Acosta berkata. “Kami sedang mencarinya. Kami berharap akan menahannya dalam beberapa jam selanjutnya.”

Pendakwa negeri mengenal pasti syarikat tersebut yang memiliki trak tersebut sebagai Construcciones Industriales y Transportistas.

ARTIKEL YANG SAMA