Jumlah kematian meningkat akibat banjir Myanmar

Jumlah kematian meningkat akibat banjir Myanmar

YANGON, 31 Julai (AFP) – Banjir besar telah membunuh sekitar 27 orang di seluruh Myanmar dan menenggelami kediaman dan ladang milik berpuluh ribu orang lagi, menurut pegawai bantuan bencana hari ini, memberi amaran hujan lebat selanjutnya.

Hujan turun tidak henti-henti selama berminggu-minggu telah membanjiri seluruh kawasan utara dan barat Myanmar, memerangkap orang ramai di kawasan kampung terpencil dan melumpuhkan keupayaan menyelamat di kawasan berkenaan.

Air semakin meningkat naik, banjir kilat dan tanah runtuh telah memusnahkan jalan-jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan rumah-rumah, menurut satu laporan dalam akhbar kerajaan hari ini, Global New Light of Myanmar, yang memberi amaran puting beliung membadai Teluk Bengal yang sepertinya akan membawa lebih kesengsaraan selanjutnya ke rantau barat dan pesisir.

“Sejak kelmarin sahaja, 27 orang telah meninggalkan di seluruh negara dan empat lagi hilang di rantau Mandalay,” kata pengarah Jabatan Penempatan Semula dan Bantuan di kementerian kebajikan sosial, Chumhre kepada AFP.

Sekitar 150,000 telah dipindahkan atau punca pendapatan mereka telah dijejaskan oleh banjir, tambah Chumhre.

Pihak berkuasa telah meminta orang ramai yang tinggal di kawasan Kalay, utara rantau Sagaing dan Sittwe bandar negeri Rakhine yang teruk dilanda untuk berpindah ke tempat selamat, ketika penerbangan ke lapangan terbang bandar itu telah dibatalkan.

Rakhine sudah menempatkan kira-kira 140,000 orang, terutamanya orang Islam Rohingya, yang tinggal di kem sementara berikutan keganasan komunal tiga tahun lalu.

Seorang penduduk dari kampung Bumay di pinggir Sittwe mengatakan rumah mereka yang baru dibina di beberapa tempat berhampiran kem penempatan telah dibanjiri selepas dilanda banjir, kelmarin.

“Orang ramai terpaksa menyelamatkan diri mereka. Beberapa daripadanya kini berlindung di sekolah-sekolah di kampung Thechaung dan Bumay,” ujarnya kepada AFP tanpa memberitahu namanya.

ARTIKEL YANG SAMA