Jumlah kematian runtuhan kilang meningkat

Jumlah kematian runtuhan kilang meningkat

ISLAMABAD, 6 Nov (Agensi) – Ketika kerja menyelamat diteruskan, jumlah kematian daripada kejadian runtuhan sebuah kilang di Pakistan bandar timur Lahore telah meningkat ke 29 orang kelmarin, menurut media dan pegawai tempatan.

Pasukan-pasukan penyelamat telah mengeluarkan lebih daripada 100 orang yang cedera daripada runtuhan kilang itu yang runtuh pada hari Isnin di kawasan Estet Industri Sundar di Lahore, ibu negeri wilayah Punjab di timur.

Pegawai Timbalan Pesuruhjaya Lahore, Muhammad Usman berkata bahawa lebih 150 pekerja berada di kilang itu apabila ia runtuh.

Dia berkata lagi, beberapa kerja pembinaan telah dijalankan di tingkat empat bangunan itu yang runtuh dan telah meruntuhkan tiga tingkat di bawahnya.

Kesemua yang cedera telah dipindahkan ke hospital-hospital di mana majoritinya didapati mengalami patah kaki dan tangan. Kerajaan wilayah telah mengenakan keadaan kecemasan kepada semua hospital awam di bandar itu.

Kerja-kerja menyelamat yang masih giat dijalankan untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus. – Reuters
Kerja-kerja menyelamat yang masih giat dijalankan untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus. – Reuters

Pegawai itu berkata jumlah mangsa terkorban akan dipastikan selepas operasi menyelamat diselesaikan.

Punca terhadap kemalangan itu belum diketahui, namun seorang pekerja kilang itu berkata pemilik kilang itu tidak dibenarkan oleh pegawai untuk membina tingkat keempat, namun walaupun dengan semua amaran itu dia tetap meneruskannya.

Shahbaz Sharif, Ketua Menteri wilayah Punjab, berkata kilang itu mungkin mengalami kerosakan akibat gempa bumi 81.1 skala Richter yang melanda negara itu pada 26 Oktober.

Pemilik kilang itu juga dilaporkan di antara orang-orang yang masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain dan Perdana Menteri, Nawaz Sharif melahirkan rasa sedih terhadap mangsa-mangsa yang terkorban dalam insiden itu dan mengarahkan para pegawai untuk mempercepatkan usaha menyelamat.

ARTIKEL YANG SAMA