Jumlah kematian runtuhan lombong jed meningkat

Jumlah kematian runtuhan lombong jed meningkat

YANGON, 23 Nov (dpa) – Jumlah kematian mencapai 100 orang selepas satu kejadian tanah runtuh melanda berdekatan lombong batu jed di utara Myanmar, dengan 100 lagi masih belum ditemui, menurut pegawai hari ini.

“Kami telah mengeluarkan kira-kira 100 mayat, tetapi menurut penduduk tempatan terdapat lebih daripada 100 orang tertimbus,” pentadbir bandar Hpakant, Tint Swe Myint, memberitahu dpa melalui telefon.

Tiada catatan tepat mengenai berapa ramai orang di kawasan itu, katanya. “Kebanyakan mereka pendatang yang mencari batu jed kecil dalam longgokan yang ditinggalkan oleh syarikat-syarikat perlombongan.”

Kejadian tanah runtuh itu terjadi pada Sabtu lepas berdekatan lombong batu jed dan emas, apabila timbunan tanah runtuh ekoran hujan di Hpakant, 350 kilometer utara Mandalay, di negeri Kachin.

Kejadian tanah runtuh adalah lazim di Hpakant, di mana 90 peratus batu jed sedunia dilombong.

Usaha menyelamat masih giat dijalankan bagi mencari mangsa-mangsa yang masih tertimbus. – AFP
Usaha menyelamat masih giat dijalankan bagi mencari mangsa-mangsa yang masih tertimbus. – AFP

“Orang ramai sedang tidur ketika itu,” Tint Swe Myint berkata kelmarin. Itu sebabnya ramai orang tertimbus. Kira-kira 50 rumah juga telah musnah,” katanya.

Pada lewat bulan Mac, kira-kira puluhan orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh berdekatan lombong batu jed yang lain di kawasan sama.

“Kita perlu melakukan sesuatu buat orang-orang ini,” katanya hari ini. “Jika tidak kemalangan-kemalangan ini akan dapat dielakkan. Keadaan mereka adalah sangat tidak menentu.”

Pihak berkuasa sedang mengusahakan peraturan-peraturan ketat, seperti tidak membenarkan orang dekat dengan timbunan longgokan lombong yang tidak seimbang, katanya.