Jumlah kematian serangan bom Nigeria meningkat

Jumlah kematian serangan bom Nigeria meningkat

LAGOS, 17 Mac (AFP) – Jumlah kematian dalam serangan berani mati oleh pengebom wanita ke atas sebuah masjid di bandar Maiduguri timur laut Nigeria telah meningkat kepada 25 orang, kata pegawai serantau hari ini.

“Seramai 22 orang meninggal dunia di tempat kejadian berikutan letupan dan tiga yang lain selepas itu di hospital, membawa jumlah kematian kepada 25 orang,” kata Mohammed Kanar, penyelaras timur laut bagi Agensi Pengurusan Kecemasan Nasional (NEMA).

“Ini tidak termasuk dua pengebom berani mati yang turut meninggal dunia,” katanya dalam televisyen tempatan.

Kanar mengatakan NEMA mula menyediakan bantuan material kepada keluarga yang ahlinya terlibat dalam serangan kelmarin tersebut.

Pengeboman yang dilakukan oleh dua wanita yang menyamar sebagai lelaki itu telah menyerang daerah Molai, Maiduguri, tempat asal Boko Haram, yang sering kali disasarkan oleh Islamis pada masa lalu.