Jumlah korban banjir meningkat

Jumlah korban banjir meningkat

TOKYO, 22 Jun (AFP) – Jumlah kematian akibat tanah runtuh dan banjir di rantau selatan Jepun yang dibadai gempa bumi telah meningkat kepada enam orang, kata pegawai hari ini, dengan yang hilang kini sudah ditemui.

Seorang lelaki yang berusia lewat 80-an dan seorang wanita, 53 tahun, telah disahkan terkorban selepas ditemui kelmarin oleh para penyelamat tempat tanah runtuh melanda wilayah selatan Kumamoto.

“Kami menemui orang terakhir yang hilang kelmarin….wanita itu telah disahkan meninggal dunia,” kata pegawai Kumamoto, Motoko Takata memberitahu AFP, menambah bahawa ribuan orang masih lagi belum dapat pulang ke rumah.

Lebih daripada 6,000 penduduk di kawasan itu me-ngosongkan rumah mereka, termasuk mereka yang lari ke tempat selamat selepas dua gempa bumi pada April.

Hari ini, Agensi Meteorologi Jepun tetap memberi amaran hujan lebat yang boleh mencetuskan tanah runtuh, ribut dan banjir di selatan pulau Kyushu termasuk Kumamoto.