Jumlah korban meningkat

Jumlah korban meningkat

PORTOVIEJO, Ekuador, 18 April (AFP) – Gempa bumi terbesar di Ekuador dalam tempoh beberapa dekad telah mengorbankan 272 orang, tetapi angka kematian akan ‘pasti’ meningkat lagi, presiden berkata semalam ketika ramai anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa-mangsa terselamat keluar dari kemusnahan.

Gempa bumi 7.8 magnitud melanda negara kecil Amerika Selatan pengeluar minyak itu lewat Sabtu lalu, yang memusnahkan hotel dan rumah di sepanjang pantai Pasifiknya yang popular dengan para pelancong dan beberapa buah bandar menjadi runtuhan batu.

Lebih 2,000 orang tercedera apabila struktur-struktur runtuh ketika gempa bumi atau berbelas-belas kejutan lanjur. Di Bandar Quito, kawasan pedalaman jauh, menyaksikan tembok-tembok retak dan bekalan elektrik terputus, dan tapak minyak strategik negara itu nampaknya tidak terjejas, menurut para pegawai.

Namun di sepanjang pantai, kemusnahan telah mengakibatkan negara jiran, Colombia dan juga Mexico dan El Salvador yang pernah mengalami gempa bumi, bergegas-gegas menghantar anggota penyelamat untuk membantu.

Para Sukarelawan memindahkan mayat mangsa dari rumah yang musnah selepas gempa bumi besar melanda di Pedernales, Ekuador, pada Ahad lalu. – AP
Para Sukarelawan memindahkan mayat mangsa dari rumah yang musnah selepas gempa bumi besar melanda di Pedernales, Ekuador, pada Ahad lalu. – AP

Di Portoviejo, bandar sejauh 15 kilometer dari pantai, gegaran telah merobohkan tembok di sebuah penjara, yang membolehkan 100 orang tahanan melepaskan diri. Sebilangan mereka telah ditangkap semula atau kembali kemudian, tetapi pihak polis sedang berusaha memburu tahanan lain, menurut Menteri Keadilan Ledy Zuniga dalam Twitter.

Di tempat lain di Portoviejo yang teruk terjejas, bau busuk mayat yang mereput mula memenuhi ruang udara tropika ketika pasukan penyelamat berusia mencari mangsa-mangsa yang terselamat. Para pegawai mengisytiharkan keadaan darurat di wilayah yang teruk terjejas dan ‘pengecualian’ kerajaan kebangsaan, yang menangguhkan beberapa hak dan kebebasan awam untuk membolehkan pasukan keselamatan dan para pegawai bertindak lebih cepat.

Presiden Rafael Correa melawat zon bencana Ahad lalu, selepas memendekkan lawatan rasmi ke Vatican dan terbang pulang ke tanah air. Beliau berkata angka kematian terkini pada 272 orang ‘akan pasti meningkat dan mungkin dalam ‘cara yang banyak’ dalam tempoh beberapa jam akan datang.

Antara bandar yang teruk terjejas ialah Pedernales, yang mana datuk bandar Gabriel Alcivar menganggarkan sehingga 400 lagi kematian akan disahkan, ramai berada di bawah runtuhan batu hotel yang runtuh.

ARTIKEL YANG SAMA