Jumlah korban nahas meningkat 142 orang

Jumlah korban nahas meningkat 142 orang

PUKHRAYAN, India, 21 Nov – Jumlah korban jiwa dari bencana kereta api India meningkat kepada seramai 142 orang hari ini selepas para pekerja bekerja keras sepanjang malam untuk mengeluarkan mangsa dari keremukan pelanggaran, dengan mengatakan kemungkinan lebih ramai mangsa lagi yang terperangkap di dalamnya.

Hanya sedikit sahaja harapan untuk mencari mangsa terselamat di antara rempuhan 14 gerabak, yang tergelincir dari landasannya di utara India kelmarin di daerah luar bandar negeri Uttar Pradesh.

“Jumlah sebenar mungkin masih lagi tinggi dan ia akan menjadi tugas yang sukar untuk mengenal pasti semua orang, terutamanya badan mangsa yang hancur teruk,” kata pegawai kanan kerajaan memberitahu AFP.

“Kami tidak mempunyai jumlah sebenar bagi mangsa cedera buat masa sekarang. Kerja-kerja menyelamat masih lagi berterusan,” kata ketua polis daerah Zaki Ahmad memberitahu AFP ketika para pekerja sedang membersihkan gerabak yang musnah teruk.

Lebih 2,000 orang dipercayai berada di dalam kereta api itu, walaupun ramai yang membuat perjalanan tanpa menempah tempat duduk – atau tanpa tiket sama sekali – menjadikan anggaran tepat mustahil untuk ditetapkan.

“Ia adalah mustahil untuk mengatakan berapa banyak orang yang berada di dalam kereta api itu namun pastinya lebih 2,000,” kata jurucakap bagi rangkaian landasan kereta api serantau.

Sekumpulan besar orang ramai berkumpul di tapak menyelamat hari ini, dengan ramai lagi yang masih mencari-cari di antara beg-beg dan pakaian yang berselerak di seluruh kawasan itu dalam harapan untuk mencari bukti kepada nasib orang yang mereka sayangi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA