Jumlah korban pengeboman kereta meningkat kepada 22 orang

Jumlah korban pengeboman kereta meningkat kepada 22 orang

BEIRUT, 11 Dis (AFP) – Kira-kira 22 orang awam terbunuh dalam serangan pengeboman kereta berani mati di timur laut Syria pada malam kelmarin, menurut tinjauan hari ini dalam jumlah yang telah dikaji.

Balai Cerap Hak Asasi Kemanusiaan Syria mengatakan jumlah itu telah meningkat daripada jumlah awalnya seramai 12 dalam serangan di bandar Tal Tamr di wilayah Hasakeh, Syria.

Pengarah Balai Cerap, Rami Abdel Rahman mengatakan salah satu bom berkenaan telah diletupkan berhampiran pos yang dikendalikan oleh pasukan keselamatan Kurdish dan anggota pasukan dipercayai telah terbunuh, walaupun dia tidak mempunyai jumlah mengenai mereka.

Letupan lain berlaku di hadapan sebuah hospital, kata Abdel Rahman, menambah bahawa empat wanita dan seorang doktor juga terbunuh. Katanya lagi, berpuluh orang cedera dalam letupan itu dan memberi amaran yang jumlah berkenaan boleh meningkat lagi.

Tal Tamr, di rantau Khabur Hasakeh, dikawal oleh pasukan Kurdish dan telah disasarkan pada masa lalu oleh Islamic State (IS).