Jumlah korban rempuhan 769

Jumlah korban rempuhan 769

MEKAH, Arab Saudi, 27 Sept (AFP) – Arab Saudi semalam mengerahkan bilangan besar pasukan pengukuh keselamatan ketika para jemaah melaksanakan rukun terakhir ibadah haji yang dicemari oleh dua tragedi, dengan angka kematian kejadian rempuhan meningkat kepada 769 orang.

Para pemimpin negara beraja itu telah mengarahkan penyiasatan ke atas bencana itu – kematian paling ramai pernah berlaku dalam musim haji tahunan dalam tempoh suku abad – dan ‘kajian semula’ ke atas pertubuhannya, dengan kematian menambah ketegangan dengan saingan serantau Iran juga.

Berbelas-belas pekerja kecemasan dilihat berada di satu tingkat Jambatan Jamarat, struktur lima tingkat di Mina yang mana para jemaah haji melakukan rukun haji iaitu melontar batu jamrah dan yang mana beratus-ratus ribu berhimpun apabila kejadian rempuhan pada Khamis lalu itu berlaku di kawasan berhampiran.

Ramai lagi yang membuat rondaan di rangkaian jalan raya menuju struktur itu, yang menyerupai garaj tempat letak kereta. Kementerian dalam negeri berkata ia telah menugaskan 100,000 orang polis untuk melindungi para jemaah haji dan mengurus orang ramai.

Tetapi jemaah haji mengatakan rempuhan berpunca daripada penutupan jalan raya oleh pihak polis dan pengurusan teruk ke atas orang ramai ketika suhu cuaca meningkat.

“Orang ramai cuba bergerak ke hadapan bagi keselamatan tetapi polis berkata ‘Berundur! Berundur” kata Abbas Tijani warga Nigeria, yang terlepas dari mengalami kecederaan.

“Semua orang cuba untuk terus dapat bertahan,” katanya dari katil hospital. “Orang ramai dipijak oleh orang ramai.”

Kesemuanya 769 orang terbunuh dan 934 lagi cedera, menurut Menteri Keselamatan Khaled al-Falih.

Kritikan terutamanya lantang dari saingan serantau Arab Saudi iaitu Iran, 136 orang warganya adalah antara yang terkorban.

“Bukan saja tidak cekap, tetapi satu jenayah,” kata Peguam Negara Iran Ebrahim Raeisi, manakala Presiden Hassan Rouhani menggunakan ucapan di PBB semalam untuk menggesa bagi penyiasatan.

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif juga menegur Riyadh, dengan mengatakan ‘malangnya’ kami tidak melihat kerjasama mencukupi’ sehingga kini.

ARTIKEL YANG SAMA