Jumlah mangsa banjir di Kundasang kekal

Jumlah mangsa banjir di Kundasang kekal

KOTA KINABALU, 21 Jun (Bernama) – Jumlah mangsa banjir lumpur di pusat pemindahan di Kundasang kekal 193 orang daripada 47 keluarga, petang ini.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata setakat pukul 3 petang ini, jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan Dewan Mini Kundasang masih tidak berubah sebagaimana dilaporkan pagi tadi.

Maklumat mengenai jumlah mangsa di pusat pemindahan akan dikemas kini dari semasa ke semasa, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.