Jumlah mangsa banjir Sarawak berkurangan

Jumlah mangsa banjir Sarawak berkurangan

KUCHING, 23 Feb (Bernama) – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan terus berkurangan, kini berjumlah 6,203 orang daripada 1,622 keluarga daripada 7,177 daripada 1,822 keluarga pagi kelmarin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata sehingga kini 36 pusat pemindahan sementara (PP) masih aktif menerima mangsa, dengan bahagian Kuching 20 PP, Serian 12, dan Samarahan empat.

Beliau berkata daripada 57 PP yang dibuka sejak banjir melanda kawasan-kawasan berkenaan mulai Sabtu lepas, sehingga kini 21 telah ditutup, 13 daripadanya di daerah Bau, lima di daerah Kuching, dua di daerah Samarahan, dan satu di daerah Padawan.