Jumlah mangsa kapal karam terus meningkat

Jumlah mangsa kapal karam terus meningkat

JIANLI, China, 7 Jun (Reuters) – Para pegawai China dan penyelamat tunduk sebagai tanda penghormatan terhadap kejadian kapal karam sewaktu kejadian ribut di sungai Yangtze, apabila jumlah mangsa kematian meningkat ke-406 hari ini, 40 orang lagi dipercayai masih hilang.

Hanya 14 sahaja yang terselamat, salah satunya kapten kapal yang dijumpai setelah kapal yang membawa 456 orang itu terbalik apabila puting beliung melanda Jianli di Hubei province malam Isnin. Hampir kesemua penumpang adalah di kalangan pelancong warga emas.

Kapal empat tingkat itu dinaikkan pada hari Jumaat, membenarkan para penyelamat membersihkan serpihan, memecahkan pintu kabin dan mencari mangsa yang masih hilang. Misi mencari diteruskan sejauh Shanghai.

Hari ini menandakan hari ketujuh sejak kapal Eastern Star itu karam, dan menurut tadisi Cina ini merupakan hari bagi berdukacita kepada yang mati.

Rangkaian televisyen setempat menunjukkan para pekerja penyelamat dan pegawai kerajaan berdiri melihat menuju ke kapal tersebut, menanggalkan topi dan menundukkan kepala mereka, tatkala bot-bot di sekeliling membunyikan siren mereka.

Para penyelamat berusaha mencari mangsa kapal karam di China. – Reuters
Para penyelamat berusaha mencari mangsa kapal karam di China. – Reuters

Ahli-ahli keluarga mangsa juga berada di pinggir sungai di upacara tersebut. Lebih 1,400 ahli keluarga datang ke Jianli, ramai di antaranya menunjukkan rasa kesal terhadap kurangnya maklumat daripada pihak kerajaan. Jumaat lepas, sewaktu sidang media, ada pihak menuduh pihak kerajaan melayan orang mereka seperti musuh.

Pihak kerajaan menyatakan ia cuba melakukan sebaik yang mungkin untuk menolong ahli keluarga mangsa, termasuk menyediakan penginapan percuma dan khidmat perubatan, dan Timbalan Perdana Menteri Ma Kai juga berjumpa para ahli keluarga secara sendiri.

Pihak berwajib menyusun jadual bagi wartawan luar dan duduk serta menemu duga sebahagian ahli keluarga, yang juga memuji usaha pihak kerajaan.

“Ia membuatkan saya berasa tenang apabila dia menjabat tangan saya dan mengatakan beberapa kata, meminta kami untuk terus melihat ke depan. Saya merasakan dia tidak seperti seorang pemimpin politik sama sekali. Dia begitu ramah. Dia seperti ayah saya sendiri,” kata Wang Hua, 42, yang telah kehilangan kedua-dua ibubapanya di nahas tersebut, memberitahu Reuters berkenaan perjumpaannya bersama Ma.

Berikutan nahas itu, pihak polis telah menahan kapten dan ketua jurutera kapal tersebut bagi sesi soal jawab sebagai sebahagian daripada penyiasatan. Sumber menyatakan bahawa kapal tersebut tidak lebih muatan dan mempunyai jaket keselamatan yang mencukupi.

ARTIKEL YANG SAMA