Jumlah mangsa...

Jumlah mangsa korban banjir cecah 72

LIMA, Peru, 19 Mac – Hujan lebat, sungai yang melimpah, runtuhan lumpur dan banjir yang sedang dialami di negara itu adalah yang paling teruk dilihat dalam dua dekad, kata pihak berkuasa Peru semalam, menjejas lebih daripada separuh negara tatkala jumlah kematian sejak awal tahun ini mencecah 72 orang.

Hujan luar biasa menyusuli beberapa siri ribut yang telah melanda pantai utara Peru, dengan air membanjiri hospital dan mengakibatkan perhubungan di beberapa kampung kecil terputus.

Ribut berpunca daripada pemanasan permukaan air di Lautan Pasifik dan dijangka berterusan untuk dua minggu lagi.

Kerajaan Peru berkata 374 orang terbunuh pada 1998 ketika tempoh yang sama hujan lebat dan banjir berpunca daripada hujan yang dipersalahkan ke atas corak iklim El Nino.

Seorang penduduk tempatan mencedok air semasa banjir kilat melanda bandar Trujillo, 570km utara Lima pada 18 Mac, yang turut membawa lumpur. – AFP
Seorang penduduk tempatan mencedok air semasa banjir kilat melanda bandar Trujillo, 570km utara Lima pada 18 Mac, yang turut membawa lumpur. – AFP

Semalam, Perdana Menteri Fernando Zavala mengemaskinikan jumlah mangsa terbunuh akibat banjir terbaru kepada 72 orang.

Hujan telah menenggelami sistem penyaliran di bandar di sepanjang pantai Pasifik Peru dan kementerian kesihatan mula mewasapi lopak air yang ditemui di jalan raya untuk membunuh nyamuk yang membawa penyakit seperti denggi.

Lima tidak mempunyai perkhidmatan air sejak awal minggu. Kerajaan telah menghantar anggota bersenjata untuk membantu polis mengawal ketenteraman awam di 811 bandar yang telah diisytiharkan darurat. – AP