Jumlah maut banjir cecah 14 orang

Jumlah maut banjir cecah 14 orang

YANGON, Myanmar, 27 Julai (Agensi) – Jumlah yang maut akibat hujan monsun di barat laut Myanmar yang menyebabkan banjir besar meningkat kepada 14 orang, dengan beribu-ribu orang yang lain turut terjejas.

Akhbar harian milik negara, Kyemon, melaporkan hari ini bahawa banjir akibat hujan lebat di banyak bahagian Myanmar turut merosakkan jalan raya dan jambatan, termasuk jambatan berusia 100 tahun di perbandaran Sipaw di negeri utara Shan, mengorbankan lima orang serta mencederakan tiga orang yang lain.

Pertubuhan bantuan kecemasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan semalam bahawa bencana banjir mengorbankan sembilan orang. Laporan PBB berkata banjir menjejaskan lebih 800 isi rumah di negeri utara Kachin, sekali gus memaksa perpindahan sebahagian daripada mereka.

ARTIKEL YANG SAMA