Jumlah maut di Tianjin meningkat 112 orang

Jumlah maut di Tianjin meningkat 112 orang

TIANJIN, China, 16 Ogos (Reuters) – Angka kematian dari letupan besar di pelabuhan China di Tianjin telah meningkat kepada 112 dan 95 orang, kebanyakan mereka anggota bomba masih dilaporkan hilang, lapor media kerajaan hari ini yang mengatakan angka kematian akan terus meningkat.

Lebih 720 orang masih dirawat di hospital empat hari selepas bencana Rabu lalu itu yang mengakibatkan bola api besar warna kuning dan jingga menjulang ke langit, menghujani kawasan industri besar itu dengan serpihan terbakar, kereta dan kontena kapal renyuk, bangunan terbakar dan tingkat cermin pecah di pangsapuri berhampiran.

Presiden Xi Jinping semalam menggesa pihak berkuasa supaya meningkatkan keselamatan dan belajar dari pengalaman pertama.

China telah memindahkan para penduduk yang mencari perlindungan di sebuah sekolah berhampiran tapak letupan semalam selepas perubahan hala angin yang menimbulkan kebimbangan bahawa partikel kimia bertoksik mungkin terbang ke kawasan luar bandar.

Tidak jelas dari laporan media berapa ramai telah dipindahkan tetapi arahan dibuat apabila kebakaran berlaku lagi di tapak letupan itu, sebuah gudang yang khas direka untuk menyimpan kimia berbahaya, menurut Xinhua.

Para pegawai mengakui kehadiran toksik, tetapi berkata tidak memberi risiko kepada mereka yang tinggal di luar zon pengosongan.

“Dengan tanggung jawab saya boleh mengatakan tidak akan ada kerosakan besar,” Shi Luze, ketua turus tentera Rantau Ketenteraan Beijing, Tentera Pembebasan Rakyat memberitahu para pemberita, dengan merujuk kepada mereka yang tinggal di luar zon itu.